Monday 11 May 2015

BENIH KLON KELAPA PANDAN WANGI BARU SAMPAI


BENIH KLON PANDAN WANGI THAILAND

Siapa berminat hubungi 0162265710 Halim untuk tempahan


Wednesday 25 February 2015

BENIH KELAPA PANDAN WANGI THAILAND UNTUK DIJUAL


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan benih kelapa pandan wangi Thailand boleh berhubung dengan saya Halim - 0162265710.

MENCARI BENIH KELAPA PANDAN WANGI ORI DARI THAILAND


Sekiranya anda mencari bekalan benih ori kelapa pandan wangi dari Thailand saya mempunyai benih tersebut. Benih yang bermutu dan tulen.


Kelapa Pandan ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. 

Keistimewaan pada kelapa pandan  ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar.

Ketinggian pokok kelapa pandan  boleh mencapai sehingga 6 meter.  Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga.  

Penanaman kelapa pandan  boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m.  

Pokok kelapa pandan  mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang.

Pokok kelapa pandan  ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.  

Pokok kelapa pandan  mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun.  Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. 

Bermula pokok kelapa pandan berumur  setahun ke (tahun ke 13),  ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok.

Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun.  Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.  Anak kelapa pokok kelapa pandan boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.